Saturday 27 September 2014

Cahaya Part 2 ( Temp. title)

Setahun yang lalu.......

                 
                 Klinik Desa Tebing Sungai ( rekaan semata - mata ) .  Dia tidak menyangka akan ditugaskan ke klinik pedalaman daerah Beluran. Semasa menghantar borang pindah dahulu , pilihan tempat berpindah hanya dibiarkan kosong. Menyerahkan seratus peratus kepada pihak atasan untuk memindahkan dia kemana sahaja. Kerana waktu itu dia hanya terfikir untuk menukar persekitaran kerja.
                   Dia bangun merenggangkan badan kerana terasa lenguh akibat duduk dalam tempoh lama. Buku laporan yang terbuka diatas meja hanya dibiar tanpa dikemas. Kaki laju dihayun menuju ke beranda klinik lalu duduk di kerusi yang disediakan kepada klien yang datang bertemujanji.
             Dia tersenyum sendiri melihat betapa tenangnya suasana di kampung tersebut. Tidak sia - sia dia berpindah ke sana walaupun kadang kala timbul perasaan bosan. Tapi kalau dibandingkan ketika dia bekerja di hospital besar , dia rasa lebih tenang dan bahagia disini. 
                    Teringat masa mula - mula dia tiba di kampung Tebing Sungai. Dalam keadaan keliru dan patah hati kerana ditinggalkan kekasih hati yang sudah lama menyulam kasih dengannya. 
                    " Hai. Saya Hanasuki. Nurse yang baru  berpindah ke sini " dia memperkenalkan diri dengan seorang lagi jururawat yang memang sedia berkhidmat di klinik tersebut. 
                  " Walaikumsalam Hanasuki. Saya Mazilawaty. Panggil kak Waty je " mesra dia menyambut salam. 
             Hanasuki jadi malu sendiri kerana tidak memberi salam. Mazilawaty tersenyum kecil melihat Hanasuki yang tiba - tiba jadi tidak tentu arah. 
           " Hanasuki " sebut Mazilawaty sambil mengangguk kepala.  Hanasuki sekadar senyum kecil.
                   " Panggil Suki kak. Hanasuki tu panjang sangat " balasnya lalu duduk di kerusi yang terletak elok.                                     
                                        " Suki kena tinggal mana kak Waty ? " dia terus bertanya .
                 " Kuaters ada belakang klinik ni. Sebelum ni seorang kawan yang kerja sini memang tinggal kat kuaters. Akak ulang alik rumah sendiri. Kalau turn akak untuk  on call, memang akak tidur kat kuaters tu lah " panjang lebar Mazilwaty menerangkan kepada Hanasuki namun hanya dibalas dengan anggukan kepala.
                                           
                " Suki kerja mana sebelum ni ? Kenapa minta sini? Memang orang sini ke ? bertubi - tubi soalan yang diterima dari Mazilawaty. 
              " Tak. Suki dari kota kinabalu. Asal sana . Kerja pun dekat Hospital Likas " ringkas dia menjawab.
             " Jauhnya Suki minta sampai ke sini ? " pelik dia dengan gadis rakan sekerja yang baru ini. Hanasuki sekadar ketawa mendengar pertanyaan Mazilawaty. 
             " Saja nak change pace of life. I'm looking for something in life gitu " balasnya ketawa - ketawa. 
              " Ke boyfriend kerja dekat sini ? " soal Mazilawaty sengaja hendak menyakat Hanasuki. 
            " Suki tak ada boyfriend. Macam yang Suki cakap , I need the change of pace. Mana tahan seumur nak kerja tempat sibuk "selamba Hanasuki menjawab. Mazilawaty memandang wajah Hanasuki yang jelas tidak beriak.
              " Apapun niat dan tujuan Suki datang ke sini , bukan hak akak untuk persoalkan. Yang akak tahu Suki datang ke sini untuk bekerja. Akak tak akan tolerate kalau Suki bekerja dengan niat sekadar datang untuk kehadiran kerja " 
               Hanasuki memandang Mazilawaty yang tiba - tiba berubah menjadi serius. 
                   " Just because I said I need the change of pace doesn't mean I'll neglect my work. Suki tak pernah kerja klinik, jadi banyak benda yang Suki tak tahu. Suki harap kak Waty boleh lead Suki jadi nurse yang baik. Mungkin ? " sarkastik jawapan yang diberikan.
                                         " I'm looking forwad working with you. "
                                       
                                         " I'm in you care now. Please go easy on me "

                  And the rest is history .

Friday 26 September 2014

Cahaya Part 1 ( Temp. Title )

       " The what if self doubt can lead you to an answer. Because, when you start doubting something , you will start look thing from different perspectives , " ujarnya.

          " That.... Is what I think "

          Hanasuki dengan tenang mengangkat cawan berisi kopi dan meneguk perlahan.Gadis berusia dalam lingkungan belasan tahun yang duduk di hadapannya itu  sekadar mengangguk kepalanya.

              "Itu , ialah apa yang kakak fikirkan atau apa yang telah kakak lalui ? "  Soalan yang membuatkan Hanasuki tersenyum.

            " Both. Semangat tanya kakak ni kenapa ? " si gadis yang duduk di hadapannya sekadar tersengih.

            " Sebenarnya , Aqi nak buat portfolio. Tentang kerjaya jururawat. Hehehe " balas si gadis yang membahasakan dirinya sebagai Aqi.

            " Apa kaitannya Portfolio jururawat dengan pendapat kakak tentang hidup ? "
Serentak itu Aqi ketawa.

           " Kak Suki ni macam tak tahu je yang kita suka dengan dia " terbeliak mata Hanasuki mendengar jawapan  Aqi.

          " Kakak masih straight. Jangan mengharap sesuatu yang mustahil. Lagipun , dalam
Islam kan melarang hubungan sejenis dengan sekeras - kerasnya " usai membalas , mereka sama - sama mengekek ketawa. Tahu maksud suka yang diucap Aqi bukan dalam erti tidak baik.

          Hanasuki kemudian membuang pandang ke luar tingkap rumah yang terbuka luas. Angin petang bertiup lembut menyapa wajah. Ditarik nafas sebelum dihembus perlahan. Tenang suasana .

          Suasana yang sungguh didambakan sejak  dua tahun yang lalu. Teringat kembali ketika pada mula -mula dia tiba di kampung tersebut dalam keadaan hidup yang dirasakannya kucar kacir.

          " Kak Suki ! " panggilan Aqi segera mencantas Hanasuki dari terus mengingat kenangan lalu.

          " Kak Suki fikir apa ? "

Dia sekadar mengangkat bahu,

           " Kalau kak Suki nak tinggal sini for good, Aqi jadi orang paling gembira "

           " Kenapa cakap macam tu ? "

           " Kan dah kata , Aqi suka kak Suki. Sayang sangat , dah macam family sendiri "

           Aqi menjawab perlahan sambil menundukkan kepala. Hanasuki hanya memandang tanpa sebarang jawapan.

           " Aqielah " panggilnya perlahan namun tidak dijawab Aqi.

           " Kakak orang dewasalah. Banyak benda nak kena fikir. Bukan kakak ni dah jadi relative tak rasmi Aqi ke ? "

           Serentak itu Aqi ketawa. Kepala diangkat dan terlihat senyuman nakal terukir dibibir.

          "Dahlah. Nanti kalau Aqi buat gaya lebih - lebih , karang kena ceramah free yang berjela - jela. Sakit telinga nak kena dengar "

          " Amboi. Pandainya nak menjawab "

         " Tapi kak Suki. Aqi betul - betul maksudkan dengan apa yang Aqi cakap tadi "

         " Yelah - yelah. Nanti akak cari buah hati orang sini supaya akak tak pergi mana - mana. Masa tu barulah  Aqi tahu , macam mana sengsaranya hidup dengan akak sampai tua "      

        Aqielah terus menjelirkan lidah.

           " Kalau nak banding dengan benda lain , Aqi lagi rela hidup dengan kak Suki dari hidup dengan orang lain. Okaylah kak Suki , Aqi nak jumpa kawan - kawan. Kitaorang dah pakat nak jumpa nanti jam empat ni "

            Hanasuki sekadar menggeleng kepala melihat tabiat kebudak - budakkan Aqielah. Eh , tapi dia memang budak pun. Baru menjejak remaja.

          " Yelah. Jangan balik lewat sangat. Kalau tak, Aqi tidur luar " ia mengingatkan Aqielah.

           " Strict ! "

           " It's for your own good............ "

           Tanpa menunggu Hanasuki menghabiskan ayat , Aqielah terus bangun menuju ke pintu untuk keluar.

           





Friday 19 September 2014

HeLLo

Assalamualaikum. Greetings from Ayie.

                It's somewhat rare for me to put an entry other than the story I wrote. Just to share , I've been reading manga way toooooooo much recently. And while cooking , an idea of  ' how about I write a not so short story ' suddenly pop up inside my mind.
 
             Surprisingly , I kind of giving a serious thought..Haha. Who know , it might work. My first ever story that will finish and complete.

              Well you know, back to my high school memories , I always failed whenever I attempted writing short stories. It's always ended up finished in about one and half or two full book ( the book which is used for the notes ).

           For now, I still thinking the plot and hope that can give the simple storyline , and a bit sweetness of romance. The heartwarming story which made people smile in the end.

           Just thinking about it make me smile. HahaHa. Seriously , I should work hard to finish this project since I already talk about it in this blog.

           Fuh ! I can see the glimpse of trouble coming to say Hi. May Allah make myself in ease during write the so called short story of mine.

Insha Allah and May Allah bless Us All..

Salam.