Tuesday 28 October 2014

Cahaya part 3

            " Kak suki , nak dengar cerita kak Suki masa bercinta haritu ? " soalan Aqilah yang tiba - tiba itu buat dia agak tersentak. Dipandang  Aqilah yang tersengih - sengih di hadapannya.

              Hanasuki bagai hendak tergelak sahaja  melihat Aqilah yang memandangnya dengan wajah serius. Hendak dibiarkan soalan tidak berjawab kasihan pula. Tapi , dia memang tidak punya cerita cinta yang menarik untuk dibuat kisah pun.
             " Akak tak pernah bercintalah Aqi " bagai hendak tak hendak sahaja dia menjawab permintaan luar akal Aqilah .

            " Alah , kak Suki "
            " Betul takde. Kalau pun ada , buat apa kak Suki nak cerita dengan budak hingusan macam Aqi ? " balasnya sarkastik. Aqilah menarik muncung panjang.

             " Gaya kita tak tahu je , dia pindah kat sini sebab putus cinta. Satu lagi , Aqi bukan budak hingusanlah. Dah besar tagun macam ni, hingus pun tak ada dah "

              Suki lantas tergelak. Langsung tidak terasa hati bila Aqilah berkata begitu. Al maklumlah , kebenaran . Tapi tujuan dia berpindah ke sini pun bukan kerana semata - mata putus cinta.

               "Aqi ni kan Anak dara in the making. Jadi , cerita cinta itu harus menjadi kewajipan buat pedoman supaya Aqi tak salah pilih jalan in the future "

                Hanasuki sekadar menggeleng kepala. Aqilah , kalau dah keluar keras kepala dia memang macam tulah. Jawpan yang keluar dari mulut tu , cerdik je nak jerat orang.

                " Aqi nak akak cerita macam mana. Akak tak tahu nak buat mukadimah apa " menglah juga dia akhirnya.

                 " Kalau kak Suki nak start dengan Alkisah bermula sebuah cerita tentang si dara dan si teruna pun boleh je " kali ini , Aqi pula menjawab sarkastik.

                 " Karang akak tak cerita , baru tahu "

                 Aqilah menjelir lidah kearahnya , dan Hanasuki sekadar ketawa melihat gaya Aqilah yang kebudak - budakan .