" Kak suki , nak dengar cerita kak Suki masa bercinta haritu ? " soalan Aqilah yang tiba - tiba itu buat dia agak tersentak. Dipandang Aqilah yang tersengih - sengih di hadapannya.
Hanasuki bagai hendak tergelak sahaja melihat Aqilah yang memandangnya dengan wajah serius. Hendak dibiarkan soalan tidak berjawab kasihan pula. Tapi , dia memang tidak punya cerita cinta yang menarik untuk dibuat kisah pun.
" Akak tak pernah bercintalah Aqi " bagai hendak tak hendak sahaja dia menjawab permintaan luar akal Aqilah .
" Alah , kak Suki "
" Betul takde. Kalau pun ada , buat apa kak Suki nak cerita dengan budak hingusan macam Aqi ? " balasnya sarkastik. Aqilah menarik muncung panjang.
" Gaya kita tak tahu je , dia pindah kat sini sebab putus cinta. Satu lagi , Aqi bukan budak hingusanlah. Dah besar tagun macam ni, hingus pun tak ada dah "
Suki lantas tergelak. Langsung tidak terasa hati bila Aqilah berkata begitu. Al maklumlah , kebenaran . Tapi tujuan dia berpindah ke sini pun bukan kerana semata - mata putus cinta.
"Aqi ni kan Anak dara in the making. Jadi , cerita cinta itu harus menjadi kewajipan buat pedoman supaya Aqi tak salah pilih jalan in the future "
Hanasuki sekadar menggeleng kepala. Aqilah , kalau dah keluar keras kepala dia memang macam tulah. Jawpan yang keluar dari mulut tu , cerdik je nak jerat orang.
" Aqi nak akak cerita macam mana. Akak tak tahu nak buat mukadimah apa " menglah juga dia akhirnya.
" Kalau kak Suki nak start dengan Alkisah bermula sebuah cerita tentang si dara dan si teruna pun boleh je " kali ini , Aqi pula menjawab sarkastik.
" Karang akak tak cerita , baru tahu "
Aqilah menjelir lidah kearahnya , dan Hanasuki sekadar ketawa melihat gaya Aqilah yang kebudak - budakan .
No comments:
Post a Comment