Sunday, 5 May 2013

Ilham Out of Blue

" Tidak ! nak cakap berapa kali baru faham ni, " si gadis bertegas.

         " Ain , selama kita kenal ni baru kali ni abang minta. Please," kedengaran suara lembut sang lelaki memujuk.

Tajam mata si gadis memandang lelaki yang sedang merayunya.

         " No means no. Abang tak faham ke maksud Ain. atau abang tak tahu apa yang abang minta dengan Ain ni , " keras nadanya di halwa telinga.

         " Abang tahu. Abang nak Ain percaya abang. Abang minta sebab abang mahu and Ain pun tahu yang abang memang bertanggungjawab dengan Ain pun , "

Tersirap darah ke muka apabila mendengar jawapannya. 

         " Tanggungjawab atau tidak , tu bukan masalahnya. Kalau kemaruk sangat nak buat benda tu dengan Ain, apa salahnya nikah dulu. Abang tau ke tidak ni, "

" Ain.... Please, "

" No,"

            Terasa kecil diri Ain apabila diminta untuk melakukan perkara terkutuk itu. Dia masih punya maruah. Terasa seperti kasih yang dijalin sejak bertahun lamanya itu seperti tiada makna. Air matanya mula bergenang di tepi mata.

" Ain, Abang..... "

            " Kalau abang teringin sangat. Tak tahan dah , Ain izinkan abang dengan orang lain ," 
Belum pun sempat bangun , tangannya ditarik kasar dan dihumban masuk ke dalam kereta.

           " Keras kepala sangat ni kenapa, hah ?!..Abang nak minta tu je pun payah sangat ke nak bagi ? " tudung dikepala ditarik kasar.

          " Abang, tolong jangan. Ain ada ibu bapa, ada maruah. Kita ada  adat, " menggeletar suara Ain menahan ketakutan. Lelaki yang dikenali sejak 5tahun yang lalu itu bukan orang yang sama.

" Pedulikan ! . Diam " 

          Mengalir air mata Ain ketika bajunya ditarik hingga terkoyak. Dia berusaha melawan, namun kudrat wanitanya itu jauh sekali berbeza kekuatan dengan kudrat sang lelaki.

         " Abang, tolong jangan , " pintanya dalam nada merayu namun hanya tamparan yang diterima. 

        " Tidak! Tidak ! "

Air mata mengalir semakin deras.

       " Tolong. Jangan . Tidak. Jangan. Tidak, tidak ! "

      " Aah , "

Pap ! Bahunya ditampar lembut menyedarkannya ke alam nyata.

" Baca apa? Sampaikan abang bagi salam pun tak dengar , " Lantas dahinya dikucup . Keterbiasaan  sang suami sejak dari hari pertama mereka bernikah.

Pucat wajah si isteri dengan mata merah dan air mata yang masih mengalir dipandang lama. Kemudian dialih pandang kearah buku yang dipegang. 

" Lah, baca novel ke pula cik wifey kita ni sampai nangis begini. Ingatkan dapat telegram ke apa ke ? " gurau si suami.

Dipandang semula wajah sang isteri yang masih bingung dan memandangnya kosong. Apakehalnya ni ?

Dan tersirap darah ke muka apabila membaca tulisan - tulisan dalam buku yang pada awalnya disangka novel. Pantas tangannya mengambil buku tersebut dan terus duduk di sebelah isteri tersayang.

"Buku ni abang banned dari Ain baca. Okay. Yang ni tak baik untuk kesihatan sayang, " Air mata yang hanya tinggal saki baki itu dilap menggunakan tangan kiri.

" Abang ni, orang tengah emosi baca dia kasi banned pula.Apa ni ? " barulah terdengar suara si isteri. Cuba diceriakan namun jelas terdengar ketarnya.

" Dah tu kata lagi tak baik untuk kesihatan. Bukannya Ain pregnant ke apa ke? " tergelak encik suami melihat si isteri memuncungkan mulut.

" You freak me out sweetie. Balik rumah, ingatkan baru nak bermanja. Tup tup cik puan Besar tengah melodrama air mata , " balas encik suami sambil tergelak.

" Ala , abang ni, "
" Tak ke betulnya, "
" Ish , "

Ain cuba bangun dari kerusi namun terduduk semula.

" See, mesti kaki tu menggeletar. Sampai tak boleh bangun. Kan ? " usik si suami lagi.

" Ni bukan masalah kaki menggeletar. Tapi kaki cramp, " tergelak besar si suami mendengar jawapan isterinya. 

" Okaylah. Since you mean world to me, " balas si suami mengalah. Dia bangun dan mendukung si isteri  terus menuju ke dapur.

" Aik, bukan bedroom ke ? "   

" Malam masih muda Yang. Harus re-charge battery dulu supaya boleh all out malam ni ,"

Si isteri memukul manja bahu sang suami menahan malu.






No comments:

Post a Comment