Friday, 24 May 2013

Di antara Dua Pilihan..part 2

       " Malang hidup kau kena teriak, " tergelak Yuhana mendengar cerita Ayeen ditempelak ibu pesakit. Namun dalam gelak dia bersimpati juga. Ayee.n menarik muncung sedepa.

      " What case ? "

      "Aspiration pneumonia. I think the mother can't stand to see her baby cyring macam nak putus suara. Ayeen pun,kalau tempat dia akan buat begitu tapi nonsense la, "

      " Hmm,no wonder la pun yang ko buat sajak ala - ala melepas geram tahap BOOM , "

Ayeen menyandarkan diri ke bangku dan melepaskan keluhan perlahan.

      " Malanglah profesion jururawat ni. Tiada siapa yang pandang kerja nurse. As if we're nothing. Macam mana lah orang boleh kerja macam ni , "

Tergelak besar Yuhana mendengar bebelan Ayeen yang bukan - bukan.

      " Tanya diri sendiri ke cik Ayeen . Atau dah lupa diri tu kerja apa ? " gurauannya hanya dibalas dengan jungkitan bahu.Yuhana hanya mampu menggeleng kepala. Dia ni memang betullah la Ayeen. Fikirannya yang entah dia letak tahap mana.

     "  Still, I respect nurses. Haha , " Konklusi yang disuarakan secara tiba - tiba oleh cik Ayeen hampir saja menyebabkan Yuhana membaling selipar kearahnya.

     " Gila ! "

      Ayeen sekadar menjelirkan lidah dan meneruskan kerjanya menghadap laptop. Serentak itu, fikirannya kembali melayang kearah kejadian yang berjaya meragut kesabarannya.

................................................................................

        " Yang kamu tahu tanya soalan tapi tak berikan rawatan. Tu referral yang ada tu kamu tak boleh baca ke ? " tengking si ibu dengan wajah merah kerana terlalu marah. 

       " Ibu, kami kena tanya untuk tahu masalah dia. Kami tak boleh berikan terus - terus berikan rawatan tanpa usul periksa. Nanti kalau salah berikan rawatan , lain pula jadinya nanti, " jawab  doktor berlembut.

      " Hei, kamu tak nampak ke anak saya menangis macam ni. Kamu tak boleh ke bagi dia berhenti nangis dulu. Tahu tak dia puasa dari jam berapa, '" tengkingnya lagi.

      " Ibu, "

      " Begini ke servis hospital kerajaan. Punya teruk ! Punya teruk !. Saya bawa anak saya ke hospital kerajaan sebab saya tahu,servis bagus. Tapi, begini ? "

      Ahaaaa, naik melonjak  ke zone danger kesabaran yang ada bila si ibu semakin melalut - lalut. Tak sempat bagi penjelasan, terus dismash tajam. 

     " Saya faham kamu kamu sibuk, saya cukup faham sudah. Memang dari kecemasan lagi. Tapi kalau sampai begini. Pleaselah. Kamu tanya soalan tapi tidak berikan rawatan. Kalau saya tahu awal - awal begini, lebih baik saya bawa anak saya ke hospital swasta. Saya tak kisah pun kalau perlu bayar lebih , "

Erk..Dalam memberi servis,sempat si ibu menunjukkan keriakkan. Terus speechless jadinya. 

       " Ibu , saya nak ambil tekanan darah dia ya, " tanya ku dalam nada lembut tapi rasanya bunyinya lebih sejuk dari ais bawah tanah.

       " Baby sweet , kita check kejap je. Sorry sayang, " pujukku lembut kepada si baby walaupun memang dah confirm tahu baby ni memang takkan duduk diam.

      " Nurse, tak nampak ke tangan anak saya dah merah? Kesian anak ibu. Hei,kamu tak nampak ke. Ya Allah , teruknya, " 

Ya Allah, kuatkanlah imanku. Terasa menggeletar tangan menahan marah.

      " Ibu , vital sign dia kena ambil untuk baseline.Kalau tak , " 

      " Kamu tak kesian ke tengok anak saya ? "

Allah, cakap pun tak habis terus kena missile attack. 

      " Okaylah, buatlah suka hati, " ujarku malas hendak melayan dan terus meninggalkan katil mereka untuk menenangkan diri sebelum lagi banyak keluar ayat - ayat power dari mulutku.

      May Allah bless you lah doctor.Good luck for you ucapku dalam hati sambil menuju pantas ke pantry mencari air untuk diminum.




No comments:

Post a Comment