" So, Ain. ada boyfriend ? "
Dan aku sekadar tersenyum sambil mengangguk.
" Berapa lama kenal ? "soalan yang membuatkanku terdiam seketika.
Teragak - agak sebentar,berfikir samada perlu dijawab atau tidak.Kerana yang nyata soalan pasti akan datang bertalu - talu selepas ini. Mataku tertuju kearah si pemberi soalan.Wajah yang innocent penuh curiosity. Oh, please don't because the phrase said ' Curiosity kill the cat " .
" Lama dah, "aku cuba bermain tarik tali.
" Lama tu berapa tahun ? " dia cuba mencari jawapan pasti. Perlahan ku letak sudu di pinggan.
" Tujuh tahun , "
Membulat mata si tukang tanya. Reaksi yang biasa ku terima setiap kali memberikan jawapan begitu.
" Lamanya. Kenapa tak kahwin lagi ? "
Haila nyawa. Soalan typical yang biasa dan malas hendak ku jawab. sudah terang lagi benderang dengan lampu pendaflour inikan pula nak guna spotlight.
" How old are you ? " soalnya lagi tanpa menunggu jawapan dariku.
" 24,"
" Maksudnya since sekolah menengah memang dah berkawanlah. , "
Terasa senyumanku hambar. Ada sedikit rasa kurang selesa bila berbicara tentang hal begini dengan rakan sekerja. Mungkin kerana sudah menjadi tabiatku sekadar mendiamkan diri bila orang sekeliling mula bercakap tentang soal cinta.
" Is he working or what ? "
Betullah terasa macam kena interrogate dengan CIA je gayanya. Even my family sendiri pun tak macam ni. Tapi yelah, orang bukan familiar pun dengan my private life.
" Training dekat Bintulu. Under petronas. Lepas habis sekolah menengah, kitaorang tak pernah duduk dekat sebab study ke sana sini , " seolah mahu tidak mahu sahaja aku menjawab. Cuba diletak tanda noktah pada perbualan mereka. Namun hanya kegagalan yang terlihat.
" Tak bertunang ke. Kan kawan dah lama ? "
Level curiosity si tukang tanya memanglah tinggi sampai tak berhenti - henti menyoalku dari tadi. Sampaikan nasi goreng yang terhidang dimeja nampak tawar di pandangan mata.
Nafas kuhela perlahan. Takut pula si tukang tanya terasa hati kalau mendengus kuat - kuat.
" My sis tak bagi kalau tunang lama - lama. Tempoh paling lama pun enam bulan. Lagipun , dia belum kerja , "
" Apa masalahnya pula? Ain pun dah kerja dua tahun. Lagipun korang bukannya duduk berdekat buat masa sekarang. Boleh work out nanti , " balas si tukang tanya.
" Masalahnya , dua - dua pun takde intention nak kahwin. Takkan nak paksa juga kut , " balasku sambil tergelak kecil.
" Hmm. Betul juga , " terangguk -angguk kepalanya mengiyakan jawapanku.
" Family dah jumpa ? "
" Belum. My sis cakap,kalau dah memang betul -betul serius berkawan baru jumpa family dia. Lagipun, dia sendiri pun tak pernah jumpa family Ain secara official. But both family tahu je yang kitaorang berkawan , " jawapan ku berikan seringkas mungkin. Terlihat sedikit berubah riak wajahnya. Dan aku sekadar buat tidak tahu.
Makanan kusuap terus masuk mulut tanpa berlengah - lengah. Kalau boleh, hendak saja kusumbat sekali masuk mulut dan cabut keluar dari pantry.
" Ada gambar dia tak dalam handphone. Boleh tengok ? " soalan yang membuatkanku hampir tersedak.
Hmmm.
"Ain takde simpan gambar dia dalam handphone. Gambar kucing je banyak , "jawapanku membuatkan si tukang tanya semakin pelik melihatku.
" Biar betul Ain ni. Takkan takde gambar kut. satu pun takde ? "
Aku sekadar tersenyum. Inilah padahya kalau bertanya tentang hubungan cik Ain. Bila Ain cerita, semua buat muka pelik. Kalau dah memang kebenarannya macam tu nak buat apa lagi. Takkan nak tipu semata -- mata nak buat cerita jadi sedap. Seolah-olah Im the heroin in romance drama.
" Facebook? Ada gambar? Buat tak in relationship ? "
Dan aku sekadar mampu menepuk dahi dalam anganan sambil menyebut ALLAH sebabnya..
" I don't even have a single picture of him in my page.And the relationship thingy pun kitaorang tak buat, " semakin menganga si tukang tanya melihatku yang menjawab dengan tenang.
Hmm. Sedapnya teh C special ni. Manisnya sampai rasa tekak rasa sakit.
" Ain tahu je kalau orang tengok Ain akan assume Ain takde boyfriend. Sebab diam je. Dulu masa dekat kolej pun orang ingat Ain takde boyfriend sebab tak pernah tengok Ain keluar dengan siapa - siapa, "
Si tukang tanya kulihat seperti menelan liur pahit je gayanya. Aik, takkan terasa kut. Tu baru mukadimah tu. Isi penting tak masuk lagi tu.Hehe.
" Selalu contact juga walau berjauhan ? "
Aik, ingatkan sesi soal jawab dah habis. Nampaknya, masih tak berputus asa ye.
" Ya.Kadang seminggu dua baru contact , " aku sekadar mengiyakan. Kalaulah aku cerita kebenarannya, alamatnya heart attack tak sempat mengucaplah jawabnya si teman nanti.
" Selalunya apa yang korang cerita ? "
Betullah rasa macam nak give up pun ada. soalan serupa apa ini ? Sangat menarikkah cerita cinta asmara ku? Hahaha. I just dont get it why people so that interested with my story. Bukankan sudah sejelas - jelasnya benda ni membosankan halwa telinga. Ataukahkah mungkin dia sekadar hendak menduga sejauh mana kebenaran tentang cerita ku ini. Manalah tahu mungkin saja dia menanggap cik Ain sedang bersandiwara.
" Nothing special. Macam orang lain , "
" Just say hello, apa khabar ? "
Angguk jelah. Kalau dah memang kebenarannya begitu. Sedang sahabat karibku sendiri sudah tahu betapa @#$%^&* hubunganku dengan dia.
" Ain tahu it's kind of weird and tiada yang seronok tentang cerita kami.Tapi that's how we do our relationship. And I finish my meal, "
Tanpa memperdulikan si tukang tanya yang sedang terkebil-kebil aku lantas bangun dari kerusi terus menuju kesinki.Itu sahaja cara ekstrem dapatku lakukan daripada terus menjawab soalan-soalan silibus luar alam dari si tukang tanya. Terpulanglah bagaimana dia mentafsir cerita cik Ain. Kerana apa yang lebih penting , aku dan dia mengerti yang sebenarnya.
Semerta itu terlayar wajahnya difikiran membuatku tersenyum dengan si paip air.
Penyibuk...^^ ..
ReplyDelete